Jenis Zakat


ingat ZAKAT, tunai ZAKAT, hidup BERKAT!


Zakat diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud suci dan subur. Sementara dari segi syaraknya pula bererti suatu kadar harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. kepada pemiliknya untuk dikeluarkan kepada golongan yang berhak.
Pada umumnya para fuqaha memberikan takrif zakat seperti berikut:
Penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mencari keredhaan Allah, penyucian diri dan harta kekayaan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
Takrif di atas memberikan ciri-ciri asas kewajipan zakat, antaranya ialah:
Pelepasan milik harta bukan berdasarkan konsep hadiah, hibah (pemberian), anugerah, murah hati atau belas ihsan. Penyerahan itu adalah berdasarkan kewajipan (fardu).
Penyerahan sebahagian kekayaan telah ditentukan kadarnya daripada pendapatan bersih sebagaimana yang diputuskan oleh syarak dari satu masa ke satu masa yang tertentu.
Perbezaan syarat digunakan untuk menentukan jenis-jenis harta kekayaan dan cara memperolehi pendapatan tersebut.
Penentuan kadar minimum nisab yang berbeza-beza berdasarkan perbezaan jenis harta kekayaan dan cara pengusahaannya.
Sistem zakat bertujuan membangunkan akidah, akhlak, ekonomi dan politik setiap individu dan masyarakat supaya mendapat keredaan Allah S.W.T.
Secara kesimpulan, zakat diwajibkan bertujuan untuk melindung, melatih dan menjamin pembangunan ummah. Dengan itu, sistem zakat menjadi satu mekanisma yang menggarapi keseluruhan sistem kehidupan sebuah masyarakat supaya dapat menikmati kehidupan yang cemerlang. Sebab itu, Allah S.W.T. mengingatkan umat Islam supaya bersegera menunaikan kewajipan berzakat sebelum saat kematian. Allah berfirman:
Dan belanjakan (zakat/sedekah) sebahagiannya daripada harta yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut. Kamu akan menyesal dan bermohon kepada Allah: 'Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau dilambatkan kematianku ini walaupun seketika supaya aku dapat berzakat/bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang salih'.


JENIS - JENIS ZAKAT
Merupakan kadar tertentu dari pemilikan harta tertentu melalui syarat-syarat tertentu, yang diambil sebagai cukai kewangan berperaturan dalam Islam. Zakat harta terdiri daripada :



Syariat mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Oleh itu, pemiliknya wajib membayar zakat apabila cukup syarat-syaratnya. Kadar nisab bagi emas ialah 20 misqal bersamaan kira-kira 85 gram emas. Manakala nisab bagi perak ialah 200 dirham iaitu bersamaan kira-kira 595 gram perak. Wanita yang memakai emas dan perak (tidak melebihi uruf – had berlebihan) sebagai hiasan tidak dikenakan zakat kerana ia dikategorikan sebagai perhiasan wanita. Tetapi sekiranya emas dan perak itu dikumpul untuk menjadi harta kekayaan, maka ia wajib dikeluarkan zakat kerana ia sudah keluar daripada tujuan asalnya iaitu perhiasan kepada barang simpanan. Kadar zakat ialah 2.5% daripada nilai emas dan perak yang cukup syarat-syaratnya.



Zakat wang simpanan ialah zakat yang dikeluarkan daripada wang yang disimpan di bank sama ada dalam bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau akaun simpanan semasa. Wang simpanan ini dicampurkan dengan wang tunai di tangan dan dikeluarkan zakatnya apabila cukup nisab dan haul. Kadar zakat ialah 2.5% daripada jumlah wang simpanan.



Saham ialah wang yang dilaburkan dalam syarikat-syarikat perniagaan, perusahaan atau agensi-agensi perlaburan merupakan harta yang berpotensi untuk berkembang. Oleh sebab itu, ia diwajibkan zakat. Kaedah pengiraan zakat atas saham ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).



Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Terdapat tiga pendekatan dalam pengiraan zakat KWSP iaitu:-
i. Zakat hanya wajib dikeluarkan pada hari wang caruman diterima ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP. Kadarnya ialah 2.5%.
ii. Dikenakan zakat apabila ia cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majikan). Zakat dikira setiap tahun apabila cukup syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih di dalam tabung KWSP. Kadarnya adalah 2.5%.
iii. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke 5 bersidang pada 16 - 17 November 1982 memutuskan wang KWSP bagi pekerja Islam wajib dikeluarkan zakat apabila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya berdasarkan Mazhab Syafie.



DALIL WAJIB ZAKAT PENDAPATAN
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah (zakat) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu". (Surah Al-Baqarah:267)
Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu "profesion" maka ia juga termasuk sebagai "hasil usaha" meliputi semua harta dalam konsepnya yang menyeluruh yang dihasilkan oleh kegiatan manusia. Jika dilihat dari satu sudut golongan pesawah padi, dikenakan 5-10% daripada hasil usaha mereka, apakah golongan yang "makan gaji" tidak perlu dikenakan zakat sedangkan rata-rata mereka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada pesawah padi. Apakah hanya golongan petani sahaja yang perlu membayar zakat atas hasil usaha mereka? Sedangkan zakat itu wajib dikenakan kepada setiap "hasil usaha yang baik-baik". Bukankah pekerjaan "makan gaji" itu adalah hasil usaha yang baik-baik dan perolehannya lebih lumayan daripada pesawah padi? Sampai bilakah harus kita bergantung kepada petani untuk membayar zakat ke atas hasil pendapatan?
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Menjadi suatu kewajipan ke atas orang muslim bersedekah (berzakat)." Mereka bertanya, "Hai Nabi Allah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?" Baginda menjawab, "Bekerjalah untuk mendapat sesuatu bagi dirinya, lalu bersedekah". Mereka bertanya, "Kalau tidak mempunyai pekerjaan?" Baginda bersabda, "Tolonglah orang yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana bila tidak berkuasa?" Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".


Imam Malik dan Imam Syafie berpendapat bahawa hasil tanaman yang dikenakan zakat hendaklah daripada jenis yang mengenyang dan menguatkan di samping tahan lama apabila disimpan. Bagi kita di Malaysia ialah zakat atas tanaman padi. Kadar zakat padi ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20 jika diusahakan sendiri atau menggunakan alat penyiram. Zakatnya perlu dibayar sebaik sahaja selepas dituai.


Zakat binatang ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang yang diternak seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya. Syarat-syarat zakat binatang ternakan ialah cukup nisab (mengikut bilangan ekor), tidak digunakan sebagai barangan modal bagi mengeluarkan hasil dan boleh membiak dengan sendiri, tanpa usaha yang berat atau mengeluarkan modal.


Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. Kadar zakatnya adalah 2.5% ke atas Jumlah Modal + Dengan Keuntungan atau Jumlah Nilai Aset Bersih Perniagaan.



Wakaf merupakan salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf, selama harta atau ain yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.
Perkataan "WAKAF" berasal daripada bahasa Arab waqf yang bererti "menghentikan" atau "menahan". Ertinya, seseorang menghentikan hak milik sesuatu harta dan menahan diri daripada menggunakannya dengan cara menyerahkan harta itu kepada pengelola untuk digunakan bagi kepentingan umum.
WAKAF AMWakaf Am merujuk kepada amalan menyerah harta wakaf kepada pihak pentadbir wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Dalam erti kata lain, harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, asaklan ianya sesuai dengan kehendak syarak.
WAKAF KHASWakaf Khas ialah wakaf yang diasaskan kepada tujuan pewakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Pewakaf akan menyatakan secara spesifik tujuan wakaf itu seperti wakaf khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya. Ini bermakna, harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu.

Qadha Zakat

Seseorang boleh membayar zakat yang tertunggak dari tahun-tahun yang lepas dan dikenali sebagai Qadha Zakat. Kadarnya tetap sama iaitu 2.5% dan tiada sebarang denda atau penalti dikenakan.

Fidyah

Bil
Golongan
Fidyah
1.

Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh.
Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2.


Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.

3.
Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:
i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya

Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.

Kadar fidyah bagi tahun 1432H ialah RM 2.60 sehari.
Pengiraan Fidyah (beras)
1 gantang baghdad = 3 cupak 1 kepul
1 gantang baghdad = 3.063 kg



Kifarat

Kifarat (denda) adalah sesuatu yang dapat menghapuskan dosa. Yaitu denda yang dapat diakibatkan pelanggaran syariat Islam. Maka apabila ada orang yang melanggar syariat diakibatkan kumpul atau hubungan suami isteri di bulan Ramadhan di siang hari atau sengaja makan minum siang hari di bulan Ramadhan. Maka wajiblah ia membayar kifarat (denda) atas perbuatannya. Dengan melakukan salah satu dari tiga:

Memerdekakan hamba sahaya yang mukmin.

Puasa dua bulan berturut-turut.

Memberi makan kepada 60 fakir miskin setiap orangnya satu mud (544 gram) baik berupa gandum, kurma atau sejenisnya yang ia mampu.

Dan barangsiapa ia melanggar dua kali seperti ia melakukan hubungan suami isteri di siang hari bulan Ramadhan dengan sengaja dan tanpa terpaksa. Dan ia makan minum sengaja di siang hari di hari yang lain maka ia wajib membayar dua kali kifarat.

Dari Abu Hurairah r.a: “Telah datang seorang laki-laki kepada Rasul Saw. Dan ia berkata: Ya Rasulallah aku telah binasa (melakukan kesalahan), Rasul Saw.: Kesalahan apa yang telah kau perbuat ?. Ia berkata (Rajul): Aku telah menggauli isteriku di siang hari bulan Ramadhan, Rasul Saw.: Apakah engkau memiliki harta yang setara yang dapat membebaskan hamba sahaya mukmin? Rajul (laki-laki) : Tidak. Rasul Saw: Apakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturut-turut? Rajul (laki-laki): Tidak. Rasul Saw.: Apakah engkau memiliki harta (wang) atau yang setara dengan memberi makan kepada 60 fakir miskin?. Rajul (laki-laki): Tidak. Lalu Rasul Saw. duduk lalu membawa (bi’iraqin) wadah yang berisi kurma 15 Sha’ (32,64 Kg). Dan Rasul Saw. berkata : Ambilah dan shadaqahkan kurma itu kepada yang berhak (fakir miskin). Rajul (laki-laki): Apakah ada yang lebih fakir dari kami maka demi Allah tidak ada ahlu bait yang lebih butuh dari kami? Maka Rasul Saw. pun tersenyum sampai ia kelihata gigi grahamnya. Dan berkatalah Rasul Saw.: Pergilah dan berikan untuk keluargamu. (mutafaqun alih)

Sampaikanlah (kepada orang lain) ajaran yang berasal daripadaku,
walaupun satu ayat.
HR Bukhari